Giveaway Akhir Tahun 2012 Dan Awal Tahun 2013



  1. Hi saya warganegara Malaysia dan blog ini adalah blog kepunyaan saya sendiri.
  2. Done follow blog Neeza, blog  Kak Mun, blog Xiao, blog Raja Farah, blog Shasha dan blog Cik Amal.
  3. Done like fanpage Neeza, dan para sponsor iaitu Xiao, Raja Farah, Lucky Love dan TheSister Shopping House. Done add Cik Amal.
  4. Done follow Neeza, Kak Mun, and Shasha.
  5. Done buat entry.
  6. Dan tinggalkan link di comment box entry Giveaway & di fanpage sponsor.

Alhamdulillah. Sudah menyertai Giveaway ini. Hope menang. 

Malam ini adalah malam terakhir dimana kita berada pada tahun 2012. Ya Allah, banyaknya kenangan di tahun 2012. Banyak juga dugaan yang datang. Alhamdulillah, aku boleh melaluinya dengan hati yang redha, ikhlas, dan sabar. Mereka (ibu bapa) tidak pernah jemu berdoa untuk aku menghadapi ujian, halangan. Ya Allah, Engkau bagikanlah kesihatan yang sihat buat mereka, Ya Allah. Amin ~

Tahun baru, Azam baru. Azam aku pada tahun 2013 ialah :
  • Teruskan belajar
  • Tingkatkan markah yang selalu gagal
  • Tidak akan tinggal solat 5 waktu
  • Sabar menghadapi halangan
  • Kurangkan online
  • Selalu tolong Maa
  • Belajar sungguh-sungguh
  • Kurangkan berat badan *omg*
  • Menjaga hubungan aku & 'dia'
  • Dan lain-lain.
Haha sikit je. Tapi 'dan lain-lain' tu banyak sebenarnya. Rindunyaa aku kepada kawan-kawan. Takpe, esok sudah sekolah. Aku harap apa yang aku impikan itu tercapai. Okay arrived here only. Assalamualaikum ;)





We are awesome






Awesome gang.


Alhamdulillah sekarang masih lagi diberi nyawa, diberi kesihatan yang sihat. Nampak tak? Ya itu gambar gang aku. Tetapi, bilangan tidak cukup kerana Natasya tidak ada. Dia kurang sihat. So, tak dapat join sekali. Ya Allah, indahnya hidup bersama teman sebegini. Mungkin kami bukanlah insan yang sempurna. Kami juga serba kekurangan dan kelebihan. Tetapi, kebahagiaan tidak akan pernah runtuh walaupun sedikit. Semoga hubungan kami semua akan kekal. Wahai kawan-kawanku, jangan kau lupa akan dirimu. Kekalkanlah sebegini rupanya. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, kami akan bersatu sehingga akhir hayat kami. Sekian


New Year, 2013

2012 is awesome.

Pejam celik pejam celik diri ini sudah melangkah ke tahun 2013 dimana umurku 14 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tidak disangka tahun 2012 bagiku begitu singkat. Inilah dunia. Kenangan-kenangan apabila menjadi 'junior' sangat banyak. Senior pandang rendah, mudah dibuli tetapi diri ini sentiasa tabah dan menerima apa sahaja yang berlaku. 2012 juga mengajar aku ertinya perkenalan, persahabatan. Bagiku, bukan mudah untuk mencari seorang teman. Alhamdulillah, kawan-kawanku sentiasa disisiku diwaktu ku senang begitu juga diwaktu ku susah. I hope our friendship till Jannah. Amin.

Masuk sekolah baru, jumpa cikgu baru, jumpa kawan baru dan apa yang paling penting suasana kebudak-budakan sudah tiada. Ada kala, melihat mereka bersama pasangannya masing-masing. Aku sentiasa doakan hubungan mereka sehingga akhir hayat. Buktikan yang cinta monyet itu akan menjadi cinta sejati. Back to the topic. 2012 ini sebenarnya penuh bermakna buatku kerana aku telah mengenali seorang lelaki yang mengajar aku apa erti cinta. Tetapi hubungan kami tidak berkekalan. Mungkin aku bukan yang terbaik buatnya. Mungkin aku bukan jodohnya. Mungkin aku bukan untuk dia. Aku hanya ingin dia bahagia. Itu janji aku.

Kawan-kawan tidak pernah jemu menjadi pendengar yang setia. Apa sahaja masalahku akan ku kongsikan. Mereka berikan aku semangat. Mereka buat diriku menjadi kuat. Mereka buatku berani menempuh pelbagai dugaan. Ya Allah, kau titipkanlah kebahagian yang besar-sebesarnya kepada mereka Ya Allah. Mereka menerima segala kekurangan mahupun kelebihan ku. Gembira bersama, didenda bersama, bermain bersama, berborak bersama, bersedih bersama. Ya Allah terlalu banyak kenanganku bersama teman-temanku. Kami juga berjanji, akan belajar sehingga ke menara gading juga bersama-sama.

Sebelum ini, aku pernah ada 'haters' tetapi alhamdulillah aku sempat selamatkannya. Tidak ku sangka, mereka rupanya hati nurani. Kenapa aku pernah membencinya? Mungkin inilah yang dinamakan dugaan. Sekarang kami sudah berbaik. Tidak perlu salahkan orang. Haruslah salahkan diri kita. Kalau tidak, ia akan berpanjangan. 2012 akan pergi manakala 2013 akan datang. Kepadamu teman-teman, dan juga 'dia', maafkan diri ini. Halalkan makan dan minumku sepanjang tahun ini. Berkomunikasi secara kasar, dll . Harap dimaafkan semuanya. 2013, please be awesome. And Assalamualaikum.