New Year, 2013

2012 is awesome.

Pejam celik pejam celik diri ini sudah melangkah ke tahun 2013 dimana umurku 14 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tidak disangka tahun 2012 bagiku begitu singkat. Inilah dunia. Kenangan-kenangan apabila menjadi 'junior' sangat banyak. Senior pandang rendah, mudah dibuli tetapi diri ini sentiasa tabah dan menerima apa sahaja yang berlaku. 2012 juga mengajar aku ertinya perkenalan, persahabatan. Bagiku, bukan mudah untuk mencari seorang teman. Alhamdulillah, kawan-kawanku sentiasa disisiku diwaktu ku senang begitu juga diwaktu ku susah. I hope our friendship till Jannah. Amin.

Masuk sekolah baru, jumpa cikgu baru, jumpa kawan baru dan apa yang paling penting suasana kebudak-budakan sudah tiada. Ada kala, melihat mereka bersama pasangannya masing-masing. Aku sentiasa doakan hubungan mereka sehingga akhir hayat. Buktikan yang cinta monyet itu akan menjadi cinta sejati. Back to the topic. 2012 ini sebenarnya penuh bermakna buatku kerana aku telah mengenali seorang lelaki yang mengajar aku apa erti cinta. Tetapi hubungan kami tidak berkekalan. Mungkin aku bukan yang terbaik buatnya. Mungkin aku bukan jodohnya. Mungkin aku bukan untuk dia. Aku hanya ingin dia bahagia. Itu janji aku.

Kawan-kawan tidak pernah jemu menjadi pendengar yang setia. Apa sahaja masalahku akan ku kongsikan. Mereka berikan aku semangat. Mereka buat diriku menjadi kuat. Mereka buatku berani menempuh pelbagai dugaan. Ya Allah, kau titipkanlah kebahagian yang besar-sebesarnya kepada mereka Ya Allah. Mereka menerima segala kekurangan mahupun kelebihan ku. Gembira bersama, didenda bersama, bermain bersama, berborak bersama, bersedih bersama. Ya Allah terlalu banyak kenanganku bersama teman-temanku. Kami juga berjanji, akan belajar sehingga ke menara gading juga bersama-sama.

Sebelum ini, aku pernah ada 'haters' tetapi alhamdulillah aku sempat selamatkannya. Tidak ku sangka, mereka rupanya hati nurani. Kenapa aku pernah membencinya? Mungkin inilah yang dinamakan dugaan. Sekarang kami sudah berbaik. Tidak perlu salahkan orang. Haruslah salahkan diri kita. Kalau tidak, ia akan berpanjangan. 2012 akan pergi manakala 2013 akan datang. Kepadamu teman-teman, dan juga 'dia', maafkan diri ini. Halalkan makan dan minumku sepanjang tahun ini. Berkomunikasi secara kasar, dll . Harap dimaafkan semuanya. 2013, please be awesome. And Assalamualaikum.

No comments: