Kalaulah masa boleh diundur

Assalamualaikum. Today just nak share something. Dah tak boleh simpan dalam hati dada kepala lagi. Cuba untuk luahkan. Ya Allah, rindunya dekat kawan-kawan dulu. Rindu nya nak main bola jaring sama-sama. Rindunya nak main air dalam toilet. Rindunya nak marah junior-junior yang comel. Rindu sangat.


Masih lagi ingat time ni. Tiup rekorder sampai nak pecah pipi. Dan tidak lupa juga cikgu disiplin kami, Encik Alizan Ghazali. Cikgu, I miss you so much. Rindu nak gurau-gurau dengan cikgu. Rindu nak dengar cikgu membebel di pagi hari. Rindu nak tengok cara cikgu berinteraksi, dsb. Bilaa lagi masa untuk kami semua bergelak ketawa dengan cikgu? Dan tak lupa juga kepada Cikgu Zahiri. Muka agak garang, tetapi bila bukak mulut gelak tak ingat dunia. I miss you cikguuuuu.

Kem

Ini, muka sebelum menghadapi UPSR bersama-sama. Kem bla bla bla entah apa namanya. Kami menggila disini. Itu namanya Farisha. Alhamdulillah, sekarang masih lagi bersama. Tetapi sayangnya, hubungan kami tidak seperti yang dulu hmm. Di mana, aku amat merindui mereka. Tolong kembalikan mereka kepada akuu. Berharap sangat. Tskkk Tskkk. Masih lagi ingat, kem di Pusat Latihan Kertih. Sumpah aku rasa tidak mahu pulang. Suasananya membuatkan aku tenang. Huhuhuhu.

Lawatan

Lawatan

Selepas UPSR, kami bersama-sama pergi mengikuti lawatan bermaklumat. Ya Allah, rindunya aku nak berbual-bual dengan mereka. Pagi hari pertama berkumpul at assembly, semuanya mengantuk. Tapi, bila dalam bas, mulut kami tidak berhenti bercakap sehinggalah dimarahi sehingga kami tidur dengan nyenyaknya.  Setelah bangun, kami menunaikan solat subuh bersama-sama. Surau agak sempit. Kami bergilir-gilir sembahyang. Kami sarapan dan teruskan perjalanan kami.

Tibalah saat-saat yang kami tunggukan. Kami melawat ke seluruh tempat. Ya, mungkin agak penat, tetapi dalam kepenatan ada kebahagiaan yang dapat kami kongsikan. Daripada musuh, boleh dijadikan teman. Daripada teman, boleh dijadikan teman sejati. Itulah yang amat aku hormati. Pergi sana, ada yang menangis kerana rindukan parents haha. Ada yang demam. Kadang-kadang, aku pun tak faham. Setiap kali ada kem, mesti ada yang demam. Demam rindu, mungkin. 

Tak lupa juga, beli ole-ole kepada mereka yang berada di rumah. Hari terakhir bersama mereka. Berat sungguh hati untuk melepaskan. Kami bersedih, lalu jatuhlaah air mata membasahi pipi. Kami sama-sama meminta maaf. Lepas result diumumkan. Kami berpecah. Tidak lagi berada didalam satu kumpulan. Sehinggakan sekarang, kami masih lagi belum bersatu. Alhamdulillah, tidak semua kawan kami yang pergi ke sekolah lain. Apa yang aku harapkan, kami kembali bersatu. Aku rindu korang. Sekali lagi, rinduuuu. Kbye







No comments: